Kitab Daniel Nabi_Daniel

Kitab Daniel, yang ditulis dalam bahasa Ibrani dan bahasa Aramia, adalah sebuah kitab suci Tanakh bagi agama Yahudi atau Perjanjian Lama bagi agama Kristian. Kisah dalam kitab ini berlaku semasa pembuangan di Babel, iaitu ketika bangsa Yahudi dibuang dan diasingkan ke Babel. Kisah ini berkisar seorang tokoh yang bernama Daniel yang berbangsa Israel dan menjadi penasihat Nebuchadnezar, penguasa Babel (Babylon) dari 605 SM - 562 SM.

Buku ini mempunyai dua bahagian yang berbeza: serangkaian cerita dan empat penglihatan apokaliptik. Tiga narasinya melibatkan Daniel, yang mempunyai kebolehan mengubati pesakit, menafsir mimpi dan tanda-tanda Ilahi. Dua narasi lainnya menampilkan bangsa Israel yang telah dijatuhi hukuman kerana kesalahan mereka dan yang secara ajaib terlepas dari hukuman mati. Pada bahagian kedua buku ini, penulis mengungkapkan dan sebahagian menafsirkan serangkaian penglihatan yang digambarkan dalam orang pertama.

Kitab Daniel ini menarik,disebabkan dari beberapa bahagian kitab ini yaitu dari fasal 2:4a sampai 7 ditulis dalam bahasa bahasa Aram sedangkan lainnya dalam bahasa Ibrani. Hal ini menyebabkan para pakar menyimpulkan bahwa keseluruhan kitab ini tidak ditulis oleh penulis yang sama. Buku ini kemungkinan besar ditulis sekitar tahun 165 SM.